Perniagaan Cyber Cafe

Perniagaan Cyber Cafe – Bila sebuat pasal cyber cafe, saya teringat masa reunion bersama sahabat-sahabat sekolah Al-Maad beberapa tahun lepas. Majoriti kawan-kawan lama saya semuanya sudah ada kerjaya sendiri. Tinggal beberapa kerat lagi masih belajar termasuklah diri saya sendiri. Haha, pada waktu itu saya belum tamat belajar lagi, masih menuntut Ijazah Pertama di KUIN. Berbanding beberapa rakan lain yang masing-masing ada kerjaya, ada dah jadi guru, kerja PTD, pesawah moden, polis, bisnes sendiri dan sebagainya. Nak dijadikan cerita, di antara kawan-kawan saya ada seorang yang buka dan buat perniagaan Cyber Cafe.

Saya sembang dengan dia tentang perniagaan Cyber Cafe nya tu. Saya tak tanya banyak sebab dia kata dia pun masih baru lagi dalam bidang tu. Katanya, baru masuk setahun perniagaan Cyber Cafe nya tu. Saya pun kata: “Kalau dah setahun dah ok dah”. Katanya dia buka Perniagaan Cyber Cafe berdekatan dengan rumahnya di Kedah. Saya ucap tahniah kepada dia sebab ada salah satu perniagaan yang menguntungkan dengan memiliki perniagaan Cyber Cafe.

Saya teringat pula masa tinggal di KL dulu di Pantai Dalam, terdapat banyak Cyber Cafe di situ, lebih kurang 4 cyber cafe. Dalam banyak-banyak tu ada 1 cyber cafe yang menarik perhatian saya. Mula-mula masa saya tinggal di situ, cyber cafe yang satu tu paling teruk sikit perkhidmatannya. Teruk sebab talian internet lambat dan PCnya jenis lama yang tak banyak fungsi terkini. Sekarang kebanyakan CC pakai Flat skrin, tapi CC tu masih pakai komputer lama jenis kotak. Berlainan dengan 3 Cyber Cafe lainnya, semua canggih.

Tapi yang agak menghairankan saya tentang pemilik Cyber Cafe yang saya ceritakan dalam perenggan ketiga di atas, dia pakai BMW datang Cyber Cafenya tu setiap hari! Hoho! Dalam fikiran saya meramalkan, dia ni mungkin buat kerja lain juga ka selain perniagaan Cyber Cafe?

Tidak lama kemudian, 2 tahun juga la tak lamanya tu.. saya pun dah nak pindah, dia pula naik taraf Cyber Cafenya tu ala-ala kalau masuk tak mau keluar dah. Fuh, cantik gila! Saya suka desain dalaman baru CC dia. Memang terbaiklah! Dengan warna yang menusuk kalbu serta layar kayu di syiling yang meruntun jiwa dapat menarik makcik-makcik 50 an penjual nasi lemak untuk menjijakkan kaki ke dalam CCnya walaupun mereka tak tahu guna internet. Maaf kalau puji saya meninggi langit.

Mungkin pemilik CC tu dapat syak ketidak puas hatian saya sebelum ni maka dia pun mengkaji teknik-teknik perniagaan Cyber Cafe yang lebih moden untuk mengalahkan CC lain. Memang kena tahu cara untuk menjalankan perniagaan Cyber Cafe ni, kalau salah cara tak sampai 3 bulan buka dah lingkup. Kena tengok lokasi juga selain daripada menyediakan perkhidmatan tahap AAA+ Most Recommended, i will surely come again.

Perniagaan Cyber Cafe

Kenapa penting lokasi? Anda boleh lihat sendiri kebanyakan Perniagaan Cyber Cafe di buka berhampiran dengan Sekolah, Universiti dan Taman Perumahan. Namun tak boleh kalau terlalu dekat, sebab pernah ada satu Cyber Cafe yang dibuka betul-betul di hadapan sekolah rendah berdekatan dengan rumah bapa saya tak sampai 2 bulan dah tutup. Sebab cikgu-cikgu merungut lepas habis saja sekolah budak-budak sekolah tu akan pergi ke Cyber Cafe tu. Maka, pendek cerita terus Perniagaan Cyber Cafe tu di tutup. Saya pun masa mula-mula lalu depan CC tu ada juga pasang niat nak masuk tengok CC tu namun hajat itu tidak kesampaikan dan terkubur sebab dah tutup pula. Memang silap la buka depan sekolah tu, emak saya pula kerani di sekolah tu dan sekolah tu mempunyai pencapaian yang amat baik dalam UPSR, jadi guru-guru memang mengambil berat pasal pendidikan murid-murid mereka. Bila ada kedai Cafe nie ada terus kena lapor. Alasan? Budak-budak datang buang masa dan leka main Game!

Nasihat saya kepada anda yang memasang niat nak menjalankan perniagaan Cyber Cafe, silalah tanya pada orang yang berpengalaman dalam bidang tersebut. Jangan main redah ja, bila sebut pasal perniagaan ni bukan perkara main-main. Mungkin 6 bulan pertama orang tak ramai, jadi kena siap sedialah modal untuk tampung kerugian dahulu sebelum datangnya keuntungan. Sebab tu saya kata kat kawan saya tu, dia dah berjaya buka CC lebih 1 tahun dan lepasi 6 bulan kira boleh dianggap berjaya. Tu belum datang lagi pesaing yang turut buka Cyber Cafe di tempat yang sama.

Saya pun tak ada banyak sangat ilmu dalam bidang perniagaan Cyber Cafe nie, apa yang saya kongsikan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman orang lain. Banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum membuka Cyber Cafe. Kena tahu cara memulakan perniagaan cyber cafe dan siap sedia rancangan perniagaan cyber cafe seperti:

  • Modal perniagaan cyber cafe
  • Lesen perniagaan cyber cafe
  • Kertas kerja perniagaan cyber cafe
  • Keuntungan perniagaan cyber cafe
  • Proposal perniagaan cyber cafe.

Muat turun Contoh Rancangan Perniagaan Cyber Cafe di SINI (Klik kanan tetikus + Save As) – UPDATE 2018: Pautan tidak berfungsi buat sementara.

Tu antara pakej perniagaan cyber cafe yang perlu anda ketahui. Ada banyak lagi perkara yang perlu anda tahu tentang bagaimana memulakan perniagaan cyber cafe. Bukannya mudah nak mudah, dan bukannya susah nak susah. Saya rasa setakat ini dulu perkongsian kali ini di bawah tajuk “Perniagaan Cyber Cafe“. Sekian.

PS: Pergi saja ambil kursus membuka cyber cafe.

Leave a Comment