Tempat Menarik di Hong Kong

Tempat Menarik di Hong Kong (Hong Kong Attractions) – Senarai tempat menarik di Hong Kong. Ketahui tips pelancongan tempat-tempat menarik di Hong Kong melalu artikel berikut.

Hong Kong pada asalnya berkembang daripada sebuah perkampungan nelayan kecil, kemudiannya semakin maju menjadi sebuah pelabuhan yang sibuk, dan kini ia dianggap sebagai salah satu pusat ekonomi dan kewangan yang penting. Dengan suntikan pemodenan, ia memiliki kepelbagaian industri dalam bidang teknologi, hiburan, gaya hidup dan pengangkutan. Di samping itu aktiviti membeli-belah di Hong Kong juga menjadi terkenal dengan adanya pusat membeli-belah dan pasarnya yang pelbagai.

Hong Kong juga mendapat nama dan kemasyhuran menerusi destinasi pelancongnya. Ianya telah menjadi pilihan pelancong di dunia pada hari ini memandangkan bilangan tempat menarik di Hong Kong yang semakin meningkat yang secara tidak langsung menaikkan pengaruh dan karismanya kepada pelancong, buktinya keindahan seni bina dan reka bentuk tempat bersejarahnya adalah benar-benar menakjubkan! Hotel di Hong Kong juga mempunyai pengurusan yang baik dalam menyediakan perkhidmatan penginapan, dengan itu boleh dikatakan dalam segala hal, Hong Kong sentiasa menjaga pelancong sebaik mungkin dengan layanan yang terbaik mereka.

Tempat Menarik di Hong Kong

Sekiranya anda bercadang ke Hong Kong untuk bercuti, melalui artikel ini saya akan kongsikan beberapa tempat yang sering menjadi pilihan dan tarikan pelancongan yang saya pasti anda juga tidak mahu terlepas melawatnya:

# 1: Puncak Victoria

Tai Ping Shan, 554 meter di atas paras laut, berdiri sebagai puncak Pulau Hong Kong. Dikenali sebagai Victoria Peak, merupakan tempat terbaik untuk melihat pemandangan Pelabuhan Victoria. Anda boleh menaiki kereta kabel untuk ke puncak. Di sana, anda akan melihat Menara Puncak yang menempatkan dek pemerhatian dan pelbagai makanan, hiburan, permainan dan kedai cenderamata.

# 2: Hong Kong Ocean Park

Tempat tarikan ini mempunyai pelbagai jenis aktiviti dan perkara menarik yang boleh anda sertai. Selain daripada kereta kabel, terdapat akuarium besar yang tiada di tempat lain dan kawasan perlindungan panda buatan manusia yang terbesar dan paling mahal di negara ini.

# 3: Ladies Street

Bagi mereka yang pergi ke Hong Kong untuk membeli-belah, tempat ini adalah untuk anda. Tung Choi Street juga dikenali sebagai Ladies Street.

# 4: Stanley

Rasai suasana ala Eropah di hadapan sebuah pelabuhan ikan lama yang mempamerkan sejumlah besar kedai-kedai teh dan rumah-rumah awam di mana anda boleh melihat pemandangan yang indah. Stanley menawarkan semua ini hanya dalam satu kawasan.

# 5: Jambatan Tsing Ma

Tsing Ma adalah jambatan terpanjang di dunia. Jambatan Gantung Tsing Ma ini merentangi sepanjang 22,000 meter untuk menyambung pulau besar utama dengan pulau Lantau.

# 6: Kampung Nelayan Aberdeen

Merupakan sebuah perkampungan nelayan lama yang menggambarkan kepada anda gambaran sebenar bagaimana nelayan menjalani kehidupan mereka dalam negara Asia Tenggara ini. Anda turut akan menemui sebuah Restoran Jumbo Terapung dan Bei Tai di Aberdeen.

# 7: The Central District (Daerah Tengah)

Ini adalah kawasan utama pembangunan British. Malah sekarang, ini masih kekal sebagai pusat pertukaran kewangan, perdagangan dan pemasaran.

# 8: Happy Valley

Memandangkan negara Asia Tenggara ini pernah berada di bawah pemerintahan British, lumba kuda telah menjadi kebiasaan yang sangat popular di negara ini. Happy Valley adalah trek perlumbaan pertama dan terbesar di kawasan tersbeut.

# 9: Hong Kong Disney Land

Perlukah saya ceritakan lebih lanjut mengenai tempat ajaib ini? Di sini anda pasti akan merasa kagum ketika mula melangkah masuk ke dalam dunia menarik Disney.

Sebenarnya Hong Kong menawarkan banyak lagi tempat menarik yang boleh anda lawati. Selain daripada 9 senarai di atas, di sana terdapat puluhan tempat menarik ‘mesti pergi’ dan aktiviti-aktiviti ‘mesti buat’ yang disediakan kepada pelancong yang bercuti di Hong Kong. Kalau nak tahu lagi tempat menarik, anda kenalah booking ticket pergi melawat ke sana nanti.

Leave a Comment