Resepi Telur Masak Kicap

Resepi Telur Masak Kicap – Belajar cara memasak telur dengan Resepi Telur Masak Kicap. Anda juga boleh mengubahsuai Resepi Telur Masak Kicap mengikut citarasa anda sendiri.

Terdapat 2 jenis cara untuk memasak telur, iaitu samada hendak menggunakan telur rebus atau telur goreng mata kerbau. Anda boleh pilih. Namun perkara yang penting dalam resepi ini adalah penyediaan sos kicap soya yang sesuai. Jom kita mulakan.


BAHAN-BAHAN

  • 3 biji telur yang digoreng mata kerbau.
  • 2 biji bawang besar dihiris bulat
  • Ikan Bilis (jumlah pilihan anda sendiri) – digoreng terlebih dahulu
  • 2 biji kentang dipotong dadu (atau bentuk lain pilihan anda), digoreng terlebih dahulu
  • 1 batang Cili Hijau dihiris
  • 1 batang Cili Merah dihiris
  • Kicap Soya Manis – jenama pilihan anda
  • Garam dan ajinomoto secukup rasa
  • Minyak untuk menumis


CARA MEMASAK

  1. Tumis bawang besar, cili merah dan cili hijau yang dipotong.
  2. Setelah agak layu masukkan kicap manis, garam dan ajinomoto secukup rasa.
  3. Kemudian masukkan telur mata kerbau, bersama-sama ikan bilis goreng dan kentang goreng.
  4. Selepas 1 minit, tutup api dapur anda kerana masakan telur masak kicap anda sudah siap.

Mudah dan cepat. Sesuai dimakan bersama nasi kosong pada masa lapang. Resepi telur masak kicap merupakan makanan kesukaan kanak-kanak juga. Selamat mencuba!

Pautan Resepi Telur Masak Kicap

Leave a Comment